Pasangan dari Malaysia ini berbulan madu di Iran? Apa ada disana?

Posted By Laparpo on Nov 6, 2017 | 0 comments


Iran? Ada apa disana? Jom ikuti perkongsian saudara Imran Idris tentang  trip bulan madu beliau jauh di negara Parsi. 


 

  • Facebook

 

KAT MANA HAMPA HONEYMOON?

“Iran”

KAT MANA?

“Iran”

HAMPA BIAR BETUL?

Itulah benda yang orang tanya saya kemanakah destinasi berbulan madu @ bercuti selepas melangsungkan perkahwinan pada awal tahun yang lalu.

Seluruh keluarga serta rakan sekerja risau akan keselamatan kami untuk mengembara ke sana, akan tapi kami mengambil keputusan untuk mengembara juga ke Bumi Persi ini.

Saya memang teruja dengan keindahan senibina, nature serta landscape yang perlbagai yang terdapat di Iran, maka semangat nak ke sana makin menebal.

Iran merupakan negara yang mempunyai 4 musim, dan pastinya setiap musim menjanjikan keindahan yang berbeza. Kami pergi pada penghujung musim sejuk ya sejuk ya ada snow!

Pengembaraan kali ini lebih kurang 2minggu sahaja ( 2-13Mac 2017) yang merangkumi 6 lokasi utama seperti : Tehran – Masuleh – Tehran – Esfahan – Yazd – Persepolis – Shiraz – Abyaneh – Kashan – Tehran.

Di sini saya nak kongsikan Itinerari, gambar-gambar serta infomasi lain yang mungkin berguna untuk kalian kelak.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ITINERARI HIDDEN PERSIA TRIP.

HARI 1 : Kuala Lumpur – Tehran. (lebih kurang 8jam).
Terbang ke Tehran dengan flight AirAsia (8jam) dan tiba di sana pada sekitar jam 11malam. HOTEL : Tidur di Airport sudah

HARI KE-2 : Tehran – Masuleh. (lebih kurang 9jam).
Kami dan buat ground arrangement. Van datang ambil dan terus ke Masuleh (kawasan bukit yang ada perumahan lama). HOTEL : Walk in Villa @ Homestay yang best pemandangannya.

 

  • Facebook

Masuleh Village from 400m

 

  • Facebook

Masuleh Village – Jalan utama kampung ini adalah atas bumbung rumah orang.

 

  • Facebook

Pemandangan malam Masuleh

 

 

HARI KE-3 : Masuleh – Esfahan. (lebih kurang 14jam). HOTEL : Pardis Hotel
Melawat kampung dan layan keindahan bukit yang bersalji dan gerak ke Esfahan

 

  • Facebook

Naqsh E Jahan Square – Isfahan

 

 

HARI KE-4 : Esfahan Tour.
Melawat Sheikh Lotfollah Mosque, Si O Seh Poi, Grand Bazaar. HOTEL : Pardis Hotel

 

  • Facebook

Sheikh Lotfollah Mosque – Isfahan

 

  • Facebook

Sheikh Lotfollah Mosque – Isfahan

 

 

HARI KE-5 : Esfahan Tour – Yazd (lebih kurang 3jam).
Melawat Ali Qapu Palace, Chehelsotoon, Central Mosque, Ali Ghobi Agha & Grand Bazaar lagi! Dan petang gerak ke Yazd. HOTEL : Ali Baba Hotel

HARI KE-6 : Yazd Tour.
Melawat Old Town, Yazd Central Mosque, Dolat Abad Garden, Temple of Yazd. HOTEL : Ali Baba Hotel

 

  • Facebook

On the road view.

 

 

HARI KE-7 : Yazd – Persepolis – Shiraz. (lebih kurang 10jam).
Melawat kota lama Persepolis (bagi yang tak suka sejarah, boleh skip sini). HOTEL : Kowsar Hotel.

 

  • Facebook

Persepolis – old empayar of persian maybe ahha

 

  • Facebook

Persepolis

 

 

HARI KE-8 : Shiraz Tour.
Melawat Vakil Mosque, Vakil Bath, Nasir AlMulk, Eram Garden, Karim Khan Gtadel. HOTEL : Kowsar Hotel.

 

  • Facebook

Nasir AlMulk @ Pink Mosque – Shiraz

 

  • Facebook

Nasir AlMulk @ Pink Mosque – Shiraz

 

 

HARI KE-9 : Shiraz – Abyaneh – Kashan. (lebih kurang 10jam).
Melawat Kampung lama Abyaneh dan terus menuju ke Kashan. HOTEL : Shirin Hotel

 

  • Facebook

“One of the secrets of life is to find joy in the journey.” – The road to Kashan.

 

 

HARI KE-10 : Kashan Tour.
Melawat Sultan Ahmad Bath, Tabgatabaiha House, Borujerdiha House, Fins Garden, Bozorg Mosque, Maranjab Salt Lake & Desert. HOTEL : Shirin Hotel / Kalau nak bermalam di Desert jugak boleh.

 

  • Facebook

Maranjab Desert – Kashan.

 

  • Facebook

Maranjab Desert – Kashan.

 

  • Facebook

Dilwale yang tak menjadi – Salt Lake, Kashan

 

 

HARI KE-11 : Kashan – Tehran. (lebih kurang 5jam).
Gerak balik ke Tehran dan menuju ke Mount Tochal (Ski Resort & Alpine Coaster) dll lagi disini. Jika sempat korang boleh ke Azadi Tower, Golestan Palace. Jam 9 malam tiba di Airport

 

  • Facebook

At the top of Mount Tochal

 

  • Facebook

At the top of Mount Tochal

 

 

HARI KE-12 : Tehran – Kuala Lumpur. (lebih kurang 8jam).
Jam 12.05am berlepas ke Tanah Air. Thanks AirAsia untuk lagi 8Jam!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KOS UNTUK TRIP IRAN :
• Flight ticket : RM700 termasuk luggage
• Booking transport (van) & penginapan : RM1400
• Makan, entrance fee, shopping : RM600
• JUMLAH UNTUK 12 Hari – 2700 full board

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TIPS & INFOMASI LAIN.
• Perbezaan waktu : Iran lewat 3.30 jam dari pada Malaysia.
• Sampai di airport boleh beli simcard Irancell 3/5gb dan tukar duit siap di airport
• Seperti yang kita tahu, Iran adalah Syiah but kami solat dalam masjid ok saja Cuma jangan pakai batu karbala yang disediakan pulak ya.
• Makanan tak banyak pilihan, nasi, roti, ayam bakar, kebab kambing @ ayam, ayam golek, hamburger dan pizza.
• Kalau orang bawa roti dalam dakapan tanpa beg plastik, itu adalah normal.
• Bandar tehran sangat sesak trafiknya jika nak dibandingkan dengan Bandar lain.
• Kebanyakkan semua masjid lama dijadikan tempat pelancongan dan semuanya kena bayar dalam RM 12 – 24.
• Tempat paling best adalah Masuleh (kampung lama), Mount Tochal (main salji), Bath disetiap city pergi.
• Kami 7orang, tapi setiap kali makan order 3 set nasi dah cukup (menu dia dalam porsi besar).
• Facebook kena block, sila install 2-3jenis VPN (ExpressVPN dll) untuk buka FB ya.
• Wifi coverage sangat kurang, hanya di hotel @ beli simcard terus.
• Freelance Tour yang digunakan untuk tempahan penginapan & transportation : Mustafa +98 935 986 7168 boleh wassapp . (Kualiti service 7/ /10)
• Kalau penduduk tempatan nak bergambar dengan korang itu perkara biasa (kita nampak lain bagi mereka).

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Semoga perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang negara Iran, keindahannya serta membantu korang dalam buat planning ke sana nanti.

Jika terdapat soalan serta perlukan pencerahan boleh PM terus saya ya.

Jika nak follow IG :mrimranidris

Website : www.mrimranidris.com

NAK [+] SHARE – Silakan.

MORE PHOTO WILL BE UPLOAD SOON.

#stayfly #stayflyXadventure #hiddenpersiatrip


Anda suka? Jom komen, like, dan kongsi !

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share This

Share this post with your friends!

Share This

Share this post with your friends!