Cerita Kembara : Awas Hati-Hati Penyeluk Saku!

Posted By Laparpo on Oct 11, 2017 | 0 comments


Ikuti secebis perkongsian Sahabat Kita, Chey Chen di Sarajevo.

Dalam keindahan bumi Sarajevo, trip HuruHara dicemari insiden penyeluk saku! Kami nyaris terkena semasa ronda di kawasan Sarajevo.

Insiden pertama berlaku di Sibilj Fountain. Waktu kejadian aku berada tak jauh dari Ayie bila aku perasan ada 4 orang awek follow Ayie. Sememangnya aku jenis yang ralit ambik gambar bagai, so ayie sudah ke depan dulu. Dan aku pun tak lah sangka yang depa tu penyamun.

Aku start perasan something tak kena bila kami nak bergerak nak ke Memorial Park yakni tempat perkuburan mangsa Perang. Mulanya Ayie ikut satu jalan ni, 2 orang awek ikut dia naik jalan sama tapi Ayie berpatah balik dan bertanya local di satu kedai jalan yang mana betul nak ke Memorial Park. Settle dapat maklumat, dia ucap terima kasih, tiba-tiba local tu panggil Ayie sambil jeritkan sesuatu.

  • Facebook

 

Yang aku sempat dengar, local tu sebut “thieves follow you, be careful!”

Aku yang ada di belakang mereka perasan 2 orang awek yang mula follow Ayie awal tadi terus menghilang diri then yang follow belakang aku tu pulak bergegas lari ke arah tram.

Lepas kejadian tu, kami pun mula alert dan teruskan melawat fotress dan memorial park. Walaupun terkejut tapi kami bersyukur tidak berlaku apa-apa ke atas kami.

**Aku tanpa sengaja terakam gambar 4 orang penyamun perempuan tu sewaktu kami sedang sibuk bergambar. InsyaAllah, nanti aku cari balik dalam album.

————————————————————————————-

Kejadian kedua terjadi 1 jam selepas tu. Kami buat keputusan untuk ke Ilidza. Untuk itu, kami gunakan tram yang berharga 1.68mark. Ilidza ini kami terpengaruh dengan gambar dari Atheena yang terlebih dahulu ke sini. Alang-alang ada ruang, kami buat keputusan ke sana.

Kami stay di pintu masuk tram macam biasa. Aku perasan ada 2 lelaki rapat dan makin rapat dengan aku sedangkan tempat lain luas sebab orang tak ramai sangat. Ini menimbulkan rasa curiga aku tetapi aku tak begitu ambil pusing.

Time tu baru teringat backpack kecil aku tu aku galas kat belakang! Terus aku ke arah ruang kosong dan check backpack! Damn it! Zip kecik aku dah separuh terbukak! Terus aku bagi isyarat kepada Ayie suruh dia jaga-jaga.

Dalam masa tu aku check duit € yang aku letak sikit dalam beg tu (100€ jugaklah), alhamdulillah! Takdak apa yang hilang!

Tiba-tiba aku dengar Ayie jerit, “help! Help!, he ask me money, He want to kill me!”.

Part yang paling hanat dia boleh tersasul jerit

“Tolong! Tolong”

Kejadah apa hang cakap melayu oii! Mana depa paham!

Walaupun macam tu, aku masih kagum dengan tindakan spontan Ayie. Dia berani bertindak macam tu untuk tarik perhatian orang. Sekurang-kurangnya perompak itu sedar bahawa orang ramai sedang perhatikan dia

Mamat tu buat muka tak bersalah sambil mengejek ayie. Sedihnya takdak sapa pun local yang cuba tanya kami apa terjadi. Ayie terus datang di sebelah aku. Aku pun kena berlagak berani sebab kalau badan besar macam aku buat takut, confirm jadi lain nanti sebab aku percaya ada geng lain dalam tram tu.

Sampai next station, perompak tu turun dan terus menghilang. Kami teruskan ke stesen Ilidza tapi mood kami dah hilang ditambah cuaca sejuk sangat, kami decide untuk balik ke hostel di Sarajevo.

  • Facebook

 

Masa di atas tram tu, sekali lagi aku perasan penyamun yang lain tengah cari mangsa. Aku listkan analisis singkat dan MO depa ;

1. Bergerak sepasang, depa akan apit kiri dan kanan atau belakang dan depan bergantung kedudukan beg yang digalas.

2. Pakaian depa besaq dan pegang sweater atau jaket. Ini memudahkan tangan dan jari bergerak tanpa orang sedari. Satu lagi diversion dengan guna surat khabar atau majalah.

3. Depa akan tunggu di depan pintu kenderaan, situ mudah untuk depa lari dan scan mangsa. macam kes tadi, depa akan turun bila sampai stesen dan ikut naik balik ke dalam tram sambil jalankan kegiatan depa. Kesimpulannya, jangan berdiri dekat pintu dan the best way adalah dengan membelakangkan dinding.

4. Aku sarankan kalau galas beg kecik, galas lah kat depan. Kalau takmau jugak, jangan letak duit satu tempat. baik hilang sikit dari hilang banyak. Untuk trick simpan duit ini, aku share sikit tips. Kalau boleh, gunakan stokin atau pakaian dalam untuk simpan. Dalam backpack aku memang ada port khas simpan benda masam macam ni.

5. Kalau boleh, bersandar di dinding bas/tren/tram. Ini dapat mengurangkan kawasan fokus hangpa hanya di hadapan. kalau berdua dengan kawan, make sure saling menghadapi. Jangan biar orang himpit sampai kita tak dapat tengok sekitar kita.

6. Macam kes tadi, semua terjadi di kawasan tengah dan belakang kenderaan. So the best bagi aku, stay close dengan driver or somebody yang hang boleh percaya.

7. Jangan malu untuk menjerit. Tunjukkan hang tu tak takut dan benda ni akan attract perhatian orang sekeliling.

8. Aku sarankan berdiri daripada duduk kalau perjalanan tak jauh. Pergerakan terbatas bila depa kepung nanti. Kalau hangpa ramai patut takda masalah sangat. Kalau duduk pun, sila pastikan barangan dalam perhatian.

9. Kalau keadaan mengancam nyawa, just bagi saja, harta boleh cari, nyawa ada 1 saja. Sebab itu perlunya duit tak diletakkan di satu tempat. Kad kredit, passport mestilah diletak di tempat yang dirasakan paling selamat.

  • Facebook

10. Dummy wallet jugak berguna. Bila perkara 9 berlaku, serahkan dummy wallet dengan mencampak ke lantai dan terus cabut. Dalam dummy wallet bolehlah letakkan sedikit wang, kad yang tak penting untuk mengabui mata perompak

11. Barang berharga. Hal ini pun penting. Bila travel ni, better tak payah lah bawak sama. Benda macam ni akan attract perhatian penyangak. Macam kes kami, rupa paras yang kacak mungkin penyebab kami nyaris mangsa penyeluk saku itu. Gaya pemakaian anda pun menjadi faktor pemilihan perompak. Perasan tak traveler yang kerap melancong, attire mereka macam mana? Simple.

12. Percaya kepada instinct anda. Macam kes saya tadi, memang rasa tak sedap hati bila lelaki yang merapat sebab selalunya perempuan. So, bila sama jantina merapat sama ada itu adalah penyamun atau pun gay. Reaksi orang ini dapat kita lihat especially gerak matanya.

13. Research. Ini penting. Sebelum ni memang ada baca pasal kes ni di internet tapi tak sangka kami bakal terjerumus dalam situasi ini. So, sila ambil tahu risiko yang bakal dilalui. Paling mudah, bertanya kepada orang hotel atau hostel berkenaan sebarang tips. Kalau boleh, kenalpasti emergency route ke hostel dan dapatkan no telefon hostel untuk sebarang bantuan. Ini kerana bila anda travel di negara yang kurang fasih Bahasa Inggeris, selalunya rujukan mudah adalah hostel yang kita tinggal.

14. Jangan sesekali terpedaya dengan kebaikan orang. Seperti di Istanbul, berpuluh kali orang offer nak tolong samada terlajak bagus sampai nak bawak terus ke hotel yang kita book, mintak kita ambil gambar bersama dan lain-lain. Saya lebih suka approach orang untuk tanyakan sesuatu daripada orang tu approach saya untuk membantu. Too good to be true ya. Jangan pulak sampai kita paranoid, cuma pastikan langkah selamat telah diambil.

15. Perhatikan iklim sekeliling. Kita semua ada 6th sense yang dapat rasakan ada yang memerhatikan. So, jika rasa anda diekori, jangan terus balik ke hotel sebab mungkin penyamun ni akan aim benda lagi besar. Inform kepada pekerja hostel kalau anda rasa anda dalam bahaya.

  • Facebook

16. Distraction. Gang pickpocket ni kebanyakkan terror bab distract attention mangsa. Antara yang famous guna budak kecik sebagai peminta sedekah, sedang kita ralit tu barang kita kena curi. Macam kami, sibuk sangat tengok awek Bosnia yang cun, tu yang boleh terkena!

So macam kami tadi, kami bergerak ke arah orang ramai tapi bukan tempat yang bersesak. Kami tunggu di hotel lain yang berdekatan untuk perhatikan samada kami diekori atau tidak. Ini kerana kami dah gagalkan cubaan depa untuk samun kami. Mana tau kot la depa berdendam. Cari lokasi yang selamat seperti security guard untuk mintak bantuan.

Akhir kata, kami merupakan sasaran mudah kerana kami ni obviously lain dari yang lain, masalah bahasa dan kelekaan kami. Even owner hostel pun terkejut kami mengalami 2 kejadian dalam masa 4 jam. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Semoga kita lebih bersedia di hari kemudian. Selebihnya kita bertawakal sebab Allah adalah sebaik-baik perancang.

 

 

  • Facebook
 
  • Facebook

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share This

Share this post with your friends!

Share This

Share this post with your friends!