Blog


Iran? Ada apa disana? Jom ikuti perkongsian saudara Imran Idris tentang  trip bulan madu beliau jauh di negara Parsi. 


 

 

KAT MANA HAMPA HONEYMOON?

“Iran”

KAT MANA?

“Iran”

HAMPA BIAR BETUL?

Itulah benda yang orang tanya saya kemanakah destinasi berbulan madu @ bercuti selepas melangsungkan perkahwinan pada awal tahun yang lalu.

Seluruh keluarga serta rakan sekerja risau akan keselamatan kami untuk mengembara ke sana, akan tapi kami mengambil keputusan untuk mengembara juga ke Bumi Persi ini.

Saya memang teruja dengan keindahan senibina, nature serta landscape yang perlbagai yang terdapat di Iran, maka semangat nak ke sana makin menebal.

Iran merupakan negara yang mempunyai 4 musim, dan pastinya setiap musim menjanjikan keindahan yang berbeza. Kami pergi pada penghujung musim sejuk ya sejuk ya ada snow!

Pengembaraan kali ini lebih kurang 2minggu sahaja ( 2-13Mac 2017) yang merangkumi 6 lokasi utama seperti : Tehran – Masuleh – Tehran – Esfahan – Yazd – Persepolis – Shiraz – Abyaneh – Kashan – Tehran.

Di sini saya nak kongsikan Itinerari, gambar-gambar serta infomasi lain yang mungkin berguna untuk kalian kelak.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ITINERARI HIDDEN PERSIA TRIP.

HARI 1 : Kuala Lumpur – Tehran. (lebih kurang 8jam).
Terbang ke Tehran dengan flight AirAsia (8jam) dan tiba di sana pada sekitar jam 11malam. HOTEL : Tidur di Airport sudah

HARI KE-2 : Tehran – Masuleh. (lebih kurang 9jam).
Kami dan buat ground arrangement. Van datang ambil dan terus ke Masuleh (kawasan bukit yang ada perumahan lama). HOTEL : Walk in Villa @ Homestay yang best pemandangannya.

 

Masuleh Village from 400m

 

Masuleh Village – Jalan utama kampung ini adalah atas bumbung rumah orang.

 

Pemandangan malam Masuleh

 

 

HARI KE-3 : Masuleh – Esfahan. (lebih kurang 14jam). HOTEL : Pardis Hotel
Melawat kampung dan layan keindahan bukit yang bersalji dan gerak ke Esfahan

 

Naqsh E Jahan Square – Isfahan

 

 

HARI KE-4 : Esfahan Tour.
Melawat Sheikh Lotfollah Mosque, Si O Seh Poi, Grand Bazaar. HOTEL : Pardis Hotel

 

Sheikh Lotfollah Mosque – Isfahan

 

Sheikh Lotfollah Mosque – Isfahan

 

 

HARI KE-5 : Esfahan Tour – Yazd (lebih kurang 3jam).
Melawat Ali Qapu Palace, Chehelsotoon, Central Mosque, Ali Ghobi Agha & Grand Bazaar lagi! Dan petang gerak ke Yazd. HOTEL : Ali Baba Hotel

HARI KE-6 : Yazd Tour.
Melawat Old Town, Yazd Central Mosque, Dolat Abad Garden, Temple of Yazd. HOTEL : Ali Baba Hotel

 

On the road view.

 

 

HARI KE-7 : Yazd – Persepolis – Shiraz. (lebih kurang 10jam).
Melawat kota lama Persepolis (bagi yang tak suka sejarah, boleh skip sini). HOTEL : Kowsar Hotel.

 

Persepolis – old empayar of persian maybe ahha

 

Persepolis

 

 

HARI KE-8 : Shiraz Tour.
Melawat Vakil Mosque, Vakil Bath, Nasir AlMulk, Eram Garden, Karim Khan Gtadel. HOTEL : Kowsar Hotel.

 

Nasir AlMulk @ Pink Mosque – Shiraz

 

Nasir AlMulk @ Pink Mosque – Shiraz

 

 

HARI KE-9 : Shiraz – Abyaneh – Kashan. (lebih kurang 10jam).
Melawat Kampung lama Abyaneh dan terus menuju ke Kashan. HOTEL : Shirin Hotel

 

“One of the secrets of life is to find joy in the journey.” – The road to Kashan.

 

 

HARI KE-10 : Kashan Tour.
Melawat Sultan Ahmad Bath, Tabgatabaiha House, Borujerdiha House, Fins Garden, Bozorg Mosque, Maranjab Salt Lake & Desert. HOTEL : Shirin Hotel / Kalau nak bermalam di Desert jugak boleh.

 

Maranjab Desert – Kashan.

 

Maranjab Desert – Kashan.

 

Dilwale yang tak menjadi – Salt Lake, Kashan

 

 

HARI KE-11 : Kashan – Tehran. (lebih kurang 5jam).
Gerak balik ke Tehran dan menuju ke Mount Tochal (Ski Resort & Alpine Coaster) dll lagi disini. Jika sempat korang boleh ke Azadi Tower, Golestan Palace. Jam 9 malam tiba di Airport

 

At the top of Mount Tochal

 

At the top of Mount Tochal

 

 

HARI KE-12 : Tehran – Kuala Lumpur. (lebih kurang 8jam).
Jam 12.05am berlepas ke Tanah Air. Thanks AirAsia untuk lagi 8Jam!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KOS UNTUK TRIP IRAN :
• Flight ticket : RM700 termasuk luggage
• Booking transport (van) & penginapan : RM1400
• Makan, entrance fee, shopping : RM600
• JUMLAH UNTUK 12 Hari – 2700 full board

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TIPS & INFOMASI LAIN.
• Perbezaan waktu : Iran lewat 3.30 jam dari pada Malaysia.
• Sampai di airport boleh beli simcard Irancell 3/5gb dan tukar duit siap di airport
• Seperti yang kita tahu, Iran adalah Syiah but kami solat dalam masjid ok saja Cuma jangan pakai batu karbala yang disediakan pulak ya.
• Makanan tak banyak pilihan, nasi, roti, ayam bakar, kebab kambing @ ayam, ayam golek, hamburger dan pizza.
• Kalau orang bawa roti dalam dakapan tanpa beg plastik, itu adalah normal.
• Bandar tehran sangat sesak trafiknya jika nak dibandingkan dengan Bandar lain.
• Kebanyakkan semua masjid lama dijadikan tempat pelancongan dan semuanya kena bayar dalam RM 12 – 24.
• Tempat paling best adalah Masuleh (kampung lama), Mount Tochal (main salji), Bath disetiap city pergi.
• Kami 7orang, tapi setiap kali makan order 3 set nasi dah cukup (menu dia dalam porsi besar).
• Facebook kena block, sila install 2-3jenis VPN (ExpressVPN dll) untuk buka FB ya.
• Wifi coverage sangat kurang, hanya di hotel @ beli simcard terus.
• Freelance Tour yang digunakan untuk tempahan penginapan & transportation : Mustafa +98 935 986 7168 boleh wassapp . (Kualiti service 7/ /10)
• Kalau penduduk tempatan nak bergambar dengan korang itu perkara biasa (kita nampak lain bagi mereka).

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Semoga perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang negara Iran, keindahannya serta membantu korang dalam buat planning ke sana nanti.

Jika terdapat soalan serta perlukan pencerahan boleh PM terus saya ya.

Jika nak follow IG :mrimranidris

Website : www.mrimranidris.com

NAK [+] SHARE – Silakan.

MORE PHOTO WILL BE UPLOAD SOON.

#stayfly #stayflyXadventure #hiddenpersiatrip


Anda suka? Jom komen, like, dan kongsi !

 

Read More
Makanan Jalanan Orang Jepun

Makanan Jalanan Orang Jepun


Posted By on Oct 20, 2017 | 0 comments

Japan Street Food

Ada peminat makanan jalanan Jepun disini? Ada yang rancang nak ke Jepun? Jom cuci mata scroll photo sharing dari Sahabat Laparpo Jeroong Wia. Hampa kalau nak kongsi-kongsi pon boleh letak dekat bahagian comments okay!

 

 

  • Van Houten Cocoa Tidak sah datang ke Jepun dengan tidak merasai air Van Houten Cocoa dari vending machine yang bersepah di tepi jalan. Tetapi untuk mendapatkan Van Houten di vending machine agak susah. Roll the dice!

 

 

  • Senbei Merupakan sejenis keropok beras Jepun yang di datangi dalam pelbagai bentuk, saiz dan perisa dan biasanya adalah masin. Senbei kebiasaannya datang dengan teh hijau Jepun bagi dihidangkankan buat tetamu yang datang melawat rumah orang Jepun. Keropok senbei sering kali dibakar atau dipanggang menggunakan arang dan dicelup dengan kicap masin. Kemudian ia akan dibalut dengan lapisan nori (rumpai laut).

 

 

  • Sakuramochi Japanese sweet pink colour rice cake with red bean paste and wrap with cherry blossom (sakura) leaf. Every region got their own style and this one is Tokyo style. View from the sakura tree at Shinjuku Gyoen.

 

 

  • Sakura Ice-Cream  Hanya boleh didapati pada musim bunga sahaja.

 

 

  • Lobster Roll Luke’s Lobster is not originally founded in Tokyo. It was a branch of casual food brand from the US, founded by a guy named Luke Holden. I won’t be writing about how it was founded because the story can be read on their website. He has multiple locations in the US and just recently introduced his brand in Tokyo. I have never tried Luke’s Lobster before in my life, but have heard great stories about it from friends that were visiting the JAPAN about the great Lobster Roll. So I joined the queue to order the original Lobster Roll. The price was pretty reasonable, I believe it was around 1706 yen for a normal size Lobster Roll. Some say it’s a bit pricey, but lobster is a luxury item anyway. The bread roll wasn’t too big, but the lobster meat was very generously placed on the roll. You can see how the meat filling almost overfilled the roll. I also love the fact that the meat was cut into chunks instead of fine slices. It just shows that they emphasized the lobster meat to be the star here. Awesome presentation. Taste wise, the presentation was on par with the flavour. The lobster was cooked and seasoned beautifully. However Luke’s Lobster Roll didn’t have lots of mayo in it, or rather, none at all. I couldn’t taste it but the lobster meat was quite sweet already. The roll was buttery and soft, tasted very nice with the lobster. This is my first time eating the lobster roll and it feel really worth it to try.

 

 

Kushi-dango

     Small rice-flour balls held on a stick that coated with sticky sauce made from soy sauce and sugar.

 

 

  • Kodaraka Ame Means the treasure that is children. It’s Japan’s Pink Penis Candy that only had on occasion Kanamara Matsuri that means the festival of the appreciation of steel phallus.

 

 

 

 

Green Tea Ice Cream

 

 

  • Imagawayaki Imagawaki merupakan kueh tradisional jepun yang hanya dijual ketika festival tertentu sahaja di luar bandar besar. Ianya dikacau menggunakan acuan kuali yang dikhaskan bagi membentuknya. . Imagawaki diletakkan dengan pelbagai jenis perisa seperti custard, teh hijau dan cokelat. Review rasa pada aku adalah 3 dari 10.

 

 

  • Hokaido Sakura Cheese Tart Cheese cake dengan rasa sakura dan vannila. Dengar cerita benda ni famous dah famous di Malaysia kan? Untuk cheese cake ni say a kasi 8/10.

 

 

  • Fuji Mocha Coffee  With the view of the greatest Fuji-san

 

 

  • Gold Leaf Ice Cream Hanya boleh didapati di kanazawa. Produk terbaru Jepun yang bakal menjadi letupan buat peminat foodpornJapan.

 

 

 

  • Chicken Satay Very affordable with 100¥ per pieces and it’s really delicious. Usually i grab for 5 pieces for myself.

 

 

  • Blue Wave Ice-Cream Blue Seal merupakan syarikat ice-cream terbesar di Okinawa. Pelbagai jenis perisa ice cream telah dikeluarkan oleh Blue Wave. Wajib cuba jika datang ke Okinawa.

 

 

  • Agemochi Agemochi merupakan makanan yang popular di Jepun diperbuat daripada beras pulut dan digoreng dengan minyak panas. Perlbagai jenis agemochi dijual di Jepun dari agemochi yang digoreng sehingga keropok keping agemochi. . Recommend untuk cuba. Taste 9/10. Sedap.

 

 

  • Ikayaki Grilled  Squid topped with soy sauce.

 

 

  • Japanese Crepes Hanya indah pada luaran,dalaman rasa hanya dipenuhi dengan cream dan agak memualkan. Yang viral itu tidak semestinya sedap.

 

Read More