BILA MARAH APA YANG KORANG KENA BUAT? – BACA NI!

Jangan lupa share!

Oleh : Efika Majid

 

Adakalanya kita gagal mengawal emosi dan perasaan kerana masalah yang timbul. Perasaan seperti serba salah, takut dan rasa tidak sedap hati yang berterusan akan menyebabkan korang merasa sedih. Sebab tu lah korang akan gagal mengawal diri. Perkara biasa sebagai manusia untuk beremosi kerana kita mempunyai perasaan, namun itu bukan lah cara yang baik dan tidak akan menyelesaikan masalah. Berikut adalah antara langkah untuk mengawal emosi dan perasaan korang bila tengah marah ;

  1. Istighfar dan selawat
    Sebagai seorang muslim, kita selalu diingatkan untuk selalu beristighfar dan berselawat kerana ia akan memberi kebaikan kepada diri kira. Ucapkan selawat dan istighfar dalam sehari dengan itu hati akan menjadi tenang, damai dan terasa mempunyai harapan untuk menghadapi masa yang akan datang. Sukar untuk diungkapkan kata-kata, tetapi setelah mengamalkannya ramai yang boleh mengawal emosi serta perasaan.

 

  1. Mengawal minda
    Sebagai langkah untuk mengawal emosi, korang hendaklah mengawal minda terlebih dahulu. Emosi datang daripada minda separa sedar oleh itu kita hendak bijak mengawalnya. Untuk mengawal minda separa sedar, korang perlu mencari ketenangan korang sendiri seperti mendiamkan diri dan bertenang. Korang boleh lakukannya paling kurang 10 minit dalam masa sehari. Carilah tempat yang tenang dan jauh dari gangguan oleh itu korang akan merasa lebih tenang dan selesa. Cara yang terbaik adalah berzikir untuk menenangkan hati dan terlepas dari segala kegelisahan emosi.

 

 

  1. Bersangka baik & berfikiran positif
    Apabila korang melihat perangai orang lain, kata yang diungkapkan oleh mereka dan apa sahaja, korang cuma perlu fokus terhadap nilai-nilai positif. Hanya fokus kepada kebaikan, bukan keburukan. Hal ini dapat melatih minda separa sedar korang untuk menjadi lebih positif dalam menghadapi sebarang situasi. Berprasangka baiklah dengan orang sekeliling kerana ia merupakan cara yang baik untuk terus hidup positif.

So siapa yang panas baran dan kerja asyik nak marah je, baik korang praktikkan cara-cara yang aku tulis ni untuk kawal emosi korang. Dan lagi satu, jangan sesekali buat keputusan bila tengah marah nanti merugikan diri sendiri! Hehehe. Tu je nak habaq. Assalamualaikum!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial