5 NEGARA PALING MURAH UNTUK TRAVEL YANG RAMAI TAK TAHU!

Jangan lupa share!

Oleh : Efika Majid

Assalamualaikum! Hai! Setiap orang inginkan pengalaman bercuti di luar negara tapi yang selalu menjadi masalah pasti ianya akan menelan perbelanjaan yang banyak. Tapi jangan risau, sebenarnya ada juga negara yang korang boleh pergi tanpa menggunakan bajet yang besar.

1. Phuket, Thailand

Phuket terkenal dengan gelaran permata Asia Tenggara. Ia cukup terkenal dengan pantai berpasir putih yang indah dan air laut yang biru dan jernih. Terdapat juga makanan eksotik yang lazat serta pilihan pelbagai aktiviti lasak yang menarik dengan pemandangan yang menakjubkan. Harga tiket bermula hanya dari RM149 dan ke atas (bergantung kepada tarikh perjalanan anda).

Korang juga boleh menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Hat Yai untuk RM48, dan dari sana bertukar ke laluan bas yang bawa korang terus ke Bandar Phuket pada harga sekitar RM45. 

Penjaja makanan di jalanan Phuket menawarkan pelbagai makanan tempatan pada harga serendah RM6. 

2. Medan, Indonesia

Medan merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia yang terkenal dengan gabungan budaya yang unik. Korang boleh mulakan perjalanan dengan menaiki feri dari Pulau Pinang ke Medan dengan harga tiket yang bermula dari RM180 (pergi balik) atau flight dari RM134 (sehala).

Makanan tempatan boleh didapati dari harga serendah RM5 dari warung, manakala harga makanan di restoran kebiasaannya bermula dari RM8 hingga RM40 untuk seorang bergantung pada makanan. Murah!

3. Sri Lanka

Nilai mata wang yang rendah menyebabkan negara ini menjadi salah satu tarikan pelancong. Korang bayangkan harga penginapan semalam korang boleh dapat dengan harga serendah RM60 sahaja. Begitu juga dengan kos pengangkutan, jika korang menaiki bas dengan masa perjalanan selama 3 jam korang cuba perlu membayar sekitar 100 hingga 200 rupee iaitu bersamaan dengan RM2.28 hingga RM4.55

4. Romania

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya Romania adalah antara negara yang murah untuk dikunjungi. Di sini korang boleh tinggal hostel dengan harga serendah 31.71 RON bersamaan RM31.26. Makanan halal dan lazat juga korang boleh dapat dengan harga sekitar RM15 manakala kos pengangkutan sama ada menaiki bas atau tren dengan harga RM4.00 sehala! Fuh murah! Pemandangan kat sini pun cantik boleh feeling-feeling jadi princess dan prince. Hehe

5. Kemboja

Walaupun Kemboja merupakan negara yang kurang maju jika nak dibandingkan dengan Thailand dan juga Vietnam tapi kekayaan budaya dan makanan yang enak membuatkan negara ini antara paling banyak dikunjungi pelancong. Makanan boleh di dapati dengan harga serendah RM4.10 hingga RM12.50 di restoran- restoran tempatan dan kos penginapan bermula dari RM16.60 hingga RM83.20.

 

So siapa-siapa yang nak pergi travel tapi bajet tak banyak, boleh lah try usha negara yang aku dah senaraikan tu. Harap-harap boleh membantu korang. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial