Filem aksi sukan seni bela diri (MMA) pertama di Malaysia! – SANGKAR

Jangan lupa share!

Oleh : Efika Majid

 

 

Hai korang, Assalamualaikum! Baru-baru ni aku ada tengok filem tempatan terbaru yang ditayangkan di pawagam iaitu filem Sangkar yang diarahkan oleh Kabir Bhatia. Apa yang membuat aku tertarik nak tonton filem ni sebab filem ni merupakan filem aksi sukan seni bela diri pertama di Malaysia! Haa lebih kurang macam Rocky Dalboba dan Apollo Creed lah gitu. Filem ni dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah.

 

So, filem ini mengisahkan seorang atlet MMA iaitu Adam (Zul Ariffin) yang ingin menebus kesalahannya terhadap Johan yang cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang. Adam perlu bertarung dan memenangi pertandingan MMA bagi mendapatkan habuannya untuk membantu Johan dan keluarganya. Lebih kurang macam ni lah ceritanya aku tak boleh nak cerita lebih-lebih kang korang tak nak tengok pula. Haha

Filem Sangkar merupakan sebuah filem yang sangat padat dengan elemen emosi yang menjadikan jalan ceritanya kelihatan berat. Tapi pihak produksi menjadikan filem ni kelihatan ringan dan senang di hadam oleh penonton kerana pihak produksi memanfaatkan elemen-elemen “bromance” di antara watak Adam dan Johan supaya filem ni kelihatan lebih menarik dan lebih senang diingati oleh penonton. Korang boleh google sendiri maksud “bromance” tu aku malas nak explain kang panjang pula aku bebel. Haha

 

Untuk aspek lakonan aku tak boleh nak cakap banyak sebab lakonan Zul Ariffin dan Remy Ishak memang tiptop. Boleh dilihat emosi yang disampaikan oleh pelakon memang sepenuh hati dan sangat jelas tetapi untuk pelakon lain watak mereka tidak lah mencabar sangat seperti watak Adam dan Johan dan lakonan mereka pun “just ok”.

 

Untuk tema MMA yang ditunjukkan dalam filem ni hanya sekadar poster sahaja, kerana isinya jauh menyimpang. Sebagai seorang penonton yang teruja untuk melihat sebuah filem MMA tempatan, aku sebenarnya agak kecewa bukan sebab kekurangan aksi tapi kerana kurangnya drama kesukanan seperti yang aku harapkan dan filem ni sebenarnya lebih kepada tema kekeluargaan dan agama. Penceritaan yang terlampau ke arah drama persahabatan membuatkan Sangkar kekurangan elemen-elemen kesukanan. Kalau korang pernah menonton filem-filem bertemakan sukan, pasti akan ada satu watak yang dianggap antagonis untuk dijadikan lawan serta motivasi kepada watak utama. 

Tetapi dalam filem ini, watak itu tidak terlalu menonjol dan jalan cerita kelihatan sangat biasa dan tidak mempunyai “wow factor” yang tersendiri. Dan aksi pertarungan pun sangat biasa dan tidak se’epik yang aku jangkakan. Alah macam kita selalu cakap “biasa lah hero kalah dulu”, haa macam tu lah lebih kurang aksi pertarungan dalam filem Sangkar ni.

Dari segi teknikal seperti sinematografi dan rekabentuk produksi, tidak mengecewakan. Aku suka teknik shooting dorang  yang aku lihat berpijak didunia yang nyata, tidak terlampau terikut-ikut filem MMA yang lain. Sesetengah pengarah tempatan suka bermain dengan kesan khas CGI, padahal bajet pembikinan filem agak ciput sehinggakan mencacatkan kualiti filem. Tapi filem ni tak. Just nice, cukup semua perisa. Haa gitu.

 

Secara keseluruhannya, Sangkar adalah sebuah filem yang mampu memberi erti maksud persahabatan dan keinsafan, tetapi dari segi ketepatan tema, agak mengecewakan. Apa pun, filem ini masih menarik untuk ditonton, kerana ada pengajaran yang korang akan dapat dalam filem ni. Orait, itu je review dari aku. Selamat menonton! Assalamualaikum!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial