BELI MINYAK DAGU DI ONLINE?

Jangan lupa share!

Oleh : Efika Majid

Assalamualaikum semua! Dengan teknologi yang semakin canggih ni, semua kerja boleh di buat dihujung jari je termasuklah shopping. Macam-macam barang yang dijual, seperti baju, kasut, makeup sampai lah keperluan dapur pun ada! Tapi sebenarnya ada banyak barang pelik yang dijual di internet yang korang terlepas pandang atau korang tak pernah tahu pun sebelum ni! Aku akan senaraikan barang yang aku rasa memang cukup pelik yang korang boleh beli sendiri. Hehe 

 

1. Botol Kencing Mudah Alih

Pada musim percutian je, pasti pusat rehat R&R lebuh raya penuh dengan orang ramai. Tapi takpa, sekarang korang tak perlu lagi risau sebab dengan adanya Botol Kencing Mudah Alih ni dalam kereta pun boleh selesai! Boleh kongsi seisi keluarga pulak tu. Jimat masa!

Harga : RM 24.64

2. Payung UFO Bebas Tangan

Nampak kelakar tapi ia berkesan! Buat korang yang malas pegang payung tu, korang beli je ni. Mudah! Malah boleh di lipat untuk di simpan dalam beg.

Harga : RM 38.00

3. Bantal Paha

Buat forever alone di luar sana, aku rasa korang beli je lah bantal ni. Selesa pun selesa. Sedih pun tiada.

Harga : RM 88.00

4. Silicone Kencing

Bagi korang yang selalu travel dan kuat kencing, beli je silicone kencing ni. Nak kencing mudah. Berdiri tepi jalan, acah lihat pemandangan, siap!

Harga : RM 18.00

 

5. Golf Tandas

Siapa yang jenis berjam-jam dalam tandas dan perlukan hiburan, belilah set golf tandas ni. Seronok pun seronok. Tapi risau korang tak keluar-keluar pula!

Harga : RM 35.00

 

6. Belon Cacian

Kalau korang dipaksa mengadakan parti kepada orang yang korang tak suka, bolehlah beli belon ni. Hehe

Harga : RM139.00

 

7. Bantal Lipas

Korang seorang pencinta haiwan liar? Apa kata korang hias ruang tamu korang dengan haiwan yang comel ini. Bukan sahaja bersaizkan bantal kepala, malah korang juga boleh dapatkan yang saiznya sama seperti saiz bantal pemeluk, sesuai untuk dibuat peneman ketika mengharungi kesejukan malam. Haha

Harga : RM 27.90

8. Lilin Muntah Unicorn

Korang yang obses dengan Unicorn tu bolehlah beli lilin muntah unicorn ni. Bila dibakar, rumah korang akan berbau seperti muntah Unicorn. Tapi tak pastilah baunya wangi ke tak.

Harga : RM 225.33

9. Minyak Dagu/Pengasih/Bulu Perindu

Ni aku rasa salah satu benda pelik & seram yang di jual di internet. Minyak Dagu, Minyak Pengasih, Bulu Perindu dan macam-macam nama lagi lah yang dorang letak. Minyak ni kononnya 1001 kegunaan. Dari aspek kewangan, cinta, kerjaya korang, semua minyak ni boleh buat. Kalau korang nak kena sambar petir cuba lah beli. Haha melawak ja

  1. Kentut Unicorn / Kentut Orang

Sekali dengar dah rasa jijik dan kotor kan? Yaa betul antara benda paling pelik yang di jual di internet adalah kentut! Tapi peliknya ada juga orang yang beli biarpun dah jelas kelihatan bongok yang melampau-lampau siapa yang beli tu. Haha. Produk ni korang boleh dapatkan di laman web e-bay dan Lazada! Kalau dah beli boleh bagitau aku pengalaman korang okay? Haha

 

Okay itu adalah benda pelik yang korang boleh beli di internet. Yelaaa mana lah tahu korang dah bosan asyik beli benda yang sama kan? Hehe. Selamat bershopping semua!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial