Jom tonton Filem P. Ramlee di Panggung Wayang!!

Jangan lupa share!

Filem P.Ramlee yang mempunyai unsur nasihat dan menghiburkan kekal segar dalam ingatan dan tidak pudar dek zaman. Karya-karya sebegini perlu diberikan pendedahan kepada generasi sekarang, kerana tidak mustahil karya hebat ini akan dilupakan kelak. Hampir semua masyarakat Malaysia mengemari filem dan karya daripada Tan Sir P.Ramlee. Jadi filem favourite korang yang mana satu? Ibu Mertuaku? Nujum Pak Belalang? Atau Anakku Sazali?

Berita baik untuk korang semua! TGV telah bekerjasama dengan Shaw Brothers untuk menayangkan semula 5 filem lakonan Tan Sri P.Ramlee sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi! Excited tak? Fuhh aku yang tengah tulis artikel ni pun tangan dah ketaq-ketaq sebab excited gila. Haha

Filem Nujum Pak Belalang (1959)

Filem yang akan ditayangkan adalah Ibu Mertuaku, Nujum Pak Belalang, Anakku Sazali, Labu Labi, , dan Madu Tiga. Tapi, tayangan filem ini hanyalah tersedia di beberapa pawagam terpilih sahaja iaitu di TGV KLCC, Sunway Putra, D’Pulze, AU2, Bukit Indah, Station 18 dan Gurney Paragon. Filem-filem ini akan mula ditayangkan mulai 24 Ogos 2019 hingga 16 September 2019.

Filem Ibu Mertuaku (1962)

Mungkin ini lah masanya bagi korang yang meminati filem tempatan untuk menonton karya agung Tan Sri P Ramlee di dalam panggung sama seperti yang dinikmati oleh datuk dan nenek korang waktu ketika dahulu. So semperna Hari Kemerdekaan ni, apa kata korang ajak ibu dan ayah ataupun datuk dan nenek korang sama-sama menonton filem legend ni di pawagam terpilih berdekatan korang. Mesti suasana dia lain macam kan? Ini lah yang orang panggil rare! Selamat menggamit memori!

Assalamualaikum!

Kredit gambar : RojakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial