Wanita patut baca ini !! Langkah keselamatan di Malam hari.

Jangan lupa share!

Oleh : Efika Majid

DALAM SITUASI YANG MENCEMASKAN? JANGAN PANIK! CUBA BELAJAR CARA INI!

Pernah tak korang terfikir tentang keselamatan korang apabila terpaksa berjalan sorang diri balik ke rumah atau ke mana-mana?

Bahaya kan bila kita berjalan seorang diri? Lebih-lebih lagi kaum wanita. So dekat sini aku akan bagitau cara yang betul untuk mengelakkan kita daripada menjadi mangsa jenayah.

1. Jika korang berada di luar ataupun dalam lif bersama dengan lelaki yang mencurigakan.

Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah korang. Tiada siapa akan berani menyerang korang didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Jika korang mendapati seseorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerang sewaktu bersendirian di dalam rumah.

Lari ke dapur. Korang tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Haa jangan main-main.

 

3. Apa yang perlu korang lakukan jika terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Sebelum masuk ke dalam teksi, ambil nombor flat kereta. Gunakan handphone korang untuk contact keluarga atau kawan korang dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi.

Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan korang, korang boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada korang. Dia kini terikat untuk memastikan korang sampai ke destinasi dengan selamat!

4. Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan korang berasa sedang memasuki zon bahaya?

Gunakan tali handbag korang untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Jika korang tidak mempunyai handbag yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu korang lakukan jika berasa diri korang sedang diekori pada waktu malam?

Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Jadi itulah langkah-langkah keselamatan yang perlu korang tahu, lebih-lebih lagi kepada kaun wanita. Yang penting jangan panik!

Kredit gambar : franklinhomepage

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial