“Hantu pun sembahyang berjemaah, kau bila lagi?” – MAKMUM, 2019

Jangan lupa share!

Oleh : Efika Majid

Artikel kali ni, aku nak review pasal filem yang tengah viral sekarang ni iaitu, Filem Makmum dari Indonesia. Macam yang diketahui semua, filem ni merupakan sebuah filem yang diolah daripada sebuah filem pendek yang merupakan adaptasi daripada kisah benar. Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Titi Kamal, Ali Syakieb dan Tissa Biani.

Jumpscare yang disajikan dalam filem ini masih tidak lari jauh daripada landasan typical jumpscare filem seram Indonesia. Siapa yang selalu tengok filem seram Indonesia mesti tahu apa yang aku maksudkan.

Untuk penggunaan kesan bunyi pula bagi aku agak terlalu bising sehingga penonton tidak dapat fokus dengan jalan cerita filem ini. Sebab asyik nak tutup mata dan telinga je. Hehe. Jalan cerita yang disampaikan pula, sangat straight to the point dan tidak mengandungi wow factor yang mampu memberikan satu kejutan kepada penonton.

Konsep yang digunakan agak original berbanding filem filem seram Indonesia yang lain pada tahun ini, dan pengisian di setiap babak agak kosong dalam yang mana filem ini mampu memberikan rasa bosan serba sedikit kepada para penonton. Maksudnya di sini, korang dah boleh jangka apa yang akan berlaku di babak seterusnya.

Namun bagi korang yang tak kisah sangat dengan perkara-perkara teknikal seperti ini dan korang cuma nak menonton sebuah filem seram yang mampu membuatkan korang menutup mata, maka ini adalah salah satu filem yang patut korang tonton di pawagam sekarang!

Part yang aku suka di mana filem ini juga sebenarnya sindiran halus kepada kita dengan menggunakan ayat, “hantu pun sembayang berjemaah, kau bila lagi?” haa siapa makan cili dia terasa pedas! Power betul ayat, dia bagi teruihhh! Hahaha.

Selamat menonton semua! Assalamualaikum!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial