Nak kulit Flawless?? Elakkan kumpulan makanan ini!!

Jangan lupa share!

Oleh Efika Majid

Siapa je yang tak nak kulit cantik dan flawless kan? Ada sampai beli produk mahal-mahal, pergi spa kecantikkan tiap minggu dan ada yang sampai buat pembedahan! Haa sebelum korang buat benda yang bukan-bukan dan membazir apa kata korang start dengam ambil makanan yang sihat dulu. Mesti banyak yang tak tahu, sebenarnya gaya pemakanan kita pun mempengaruhi kulit wajah tau! So, ini adalah kumpulan makanan yang korang kena kurangkan! Kalau tak makan langsung macam tak logik pula kan. Haha


1. MAKANAN BERLEMAK & BERMINYAK

Kulit muka yang sihat ialah kulit muka yang tidak terlalu berminyak, kerana minyak yang berlebihan akan mengakibatkan jerawat. So korang kena kurangkan makan makanan yang berminyak dan berlemak kerana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.

2. GULA PUTIH & REFINED CARBOHYDRATE

Selain daripada makanan yang berlemak dan berminyak, gula putih mengandungi agen keradangan yang boleh memburukkan keadaan kulit korang, terutamanya mereka yang berkulit sensitif. Selain gula putih, karbohidrat berproses juga menaikkan kadar gula dengan cepat dan mudah menyebabkan jerawat, seperti

– Roti
– Biskut atau bijirin
– Soda dan minuman manis
– Nasi

3. MAKANAN SEGERA

Okay yang ni aku yakin korang memang susah nak kurangkan tapi aku tetap nak cakap juga. Haha. Semua makanan yang bukan dari sumber asli biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet. So, kurangkan makanan jenis ini walaupun ia sangat mudah, sedap dan senang dinikmati pada bila-bila masa. Tapi keburukkannya lebih banyak daripada kebaikkan.

4. PRODUK TENUSU

Macam yang kita tahu, susu ni banyak kebaikannya tapi ada kajian yang mengaitkannya produk tenusu ni dengan masalah jerawat terutamanya dalam usia remaja. Lebih-lebih lagi jika korang mengalami masalah kulit yang teruk, korang mungkin perlu lebih berhati-hati kerana ia dipercayai mengaktifkan kelenjar sebum dan menyebabkan wajah seseorang itu cenderung menjadi lebih berminyak lalu menyebabkan jerawat. Tapi yang takde masalah kulit ataupun kulit dah memang sedia cantik, takde masalah kalau nak minum susu ataupun makanan produk2 daripada tenusu.

5. MAKANAN PEDAS

Orang Malaysia ni memang tak sah kalau tak makan pedas. Tapi korang nak tau tak sebenarnya makanan pedas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan menyebabkan muka kita cepat berminyak. So, secara tak langsung, ia boleh menjadi masalah kepada kulit korang. Tapi kalau korang tak boleh juga kalau tak makan pedas, korang kenalah rajin-rajin basuh muka bila berpeluh agar tidak mengundang bakteria dan mengelakkan pori tersumbat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial