NAK BERCUTI KAT SABAH? KENA BACA NI DULU!

Jangan lupa share!

Oleh: Efika Majid

Apa tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi kalau bercuti di Sabah? Haa saya tahu, inilah persoalan-persoalan yang selalu muncul di fikiran korang setiap kali terlintas nak bercuti di Sabah kan? So, di posting ini aku akan senaraikan dan huraikan sedikit mengikut pengalaman aku sendiri, tempat-tempat menarik yang boleh korang pergi kalau sampai ke Sabah mengikut turutan hari. Selalunya kita akan rancang percutian 4 hari 3 malam.

HARI PERTAMA

Rumah Terbalik – The Upside Down House Of Borneo

Hari pertama korang sampai ke Sabah, aku sarankan korang teruskan perjalanan ke Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, korang boleh singgah dulu di Rumah Terbalik ni.

Rumah terbalik ini letaknya di laluan yang sama untuk ke Kundasang. Jadi, sebelum korang sampai ke Kundasang, korang singgah dulu ke tempat ni.

Check in Homestay di Kundasang

Salah satu Homestay di Kundasang

Kalau korang dah sampai Kundasang, korang boleh terus check-in. Jangan risau dekat Kundasang memang berlambak homestay yang kurang boleh pilih mengikut bajet kurang. Bawah Rm100 pun ada! Tapi untuk lebih senang korang boleh booking dulu di laman web tempahan seperti Agoda, booking.com ataupun Trivago. Mudah! Harga pun lebih murah berbanding harga walk-in. hehe

Kundasang War Memorial

Dah check-in, korang boleh lah singgah di Kundasang War Memorial. Tempat ni dibina bagi tujuan memperingati pahlawan dan tawanan perang yang gugur dalam medan peperangan semasa perang dunia kedua. Masuk free je!

HARI KEDUA

Bumi Sabah memang lebih cepat gelap kalau nak bandingkan dengan di Semenanjung. Selain cepat gelap, disini juga cepat cerah. Sekitar pukul 6 pagi, keadaan dah mula cerah disini.

Jadi, jangan buang masa nak tidur lama-lama kalau bercuti di Kundasang. Selepas solat Subuh, jangan tidur balik pula, tapi korang kena siap sedia untuk mulakan hari korang! Lepas sarapan pagi, korang boleh terus check out dan pergi ke destinasi seterusnya iaitu

Desa Cattle Dairy Farm

Haa Desa Cattle Dairy Farm ni adalah salah satu tempat yang paling best yang ada di Kundasang. Kalau korang tak datang sini memang menyesal seumur hidup! Haha. Buka setiap hari dari pukul 8 pagi – 5 petang dan bayaran masuk RM5 seorang.

Ni adalah pemandangan di depan Desa Cattle Dairy Farm. Memang betul-betul di bawah Gunung Kinabalu. Sangat cantik dan lembu-lembu di sini berwarna hitam putih. Alaa macam lembu dekat New Zealand tu. Tapi korang kena datang pukul 6 – 8 pagi kalau nak tengok gunung sebab pukul 9 ke atas Gunung Kinabalu tak nampak dah sebab ditutup awan. Ni pula antara produk keluaran Desa Dairy Farm yang korang boleh dapatkan dan nikmati terus disini. Ada susu, yogurt, chesee dan juga airkrim! Sedap!

Tagal Luanti Fish Spa & Massage Sungai Moroli Kg Luanti – Ranau

Korang boleh teruskan perjalanan korang ke Tagal Luanti Fish Spa. Bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Disini terdapat ikan-ikan yang telah dilatih khas oleh penduduk tempatan untuk melakukan spa. Masuk je dalam air, ikan-ikan akan datang terus mengerumuni kaki korang!

Poring Hot Spring

Dah seronok bermain dengan ikan, korang boleh teruskan pula ke destinasi seterusnya iaitu, Poring Hot Spring. Bayaran masuk untuk dewasa RM3 dan RM1 untuk kanak-kanak.

Kolam air panas di sini ada dibina pondok-pondok khas. So, korang tak perlu risau nak berkongsi dengan pengunjung yang lain. Kalau waktu hujan sekali pun, korang masih boleh berendam di sini. Kolam-kolam disini disediakan mengikut first come first serve. Kalau nampak pondok tu takde orang, boleh masuk terus ke pondok tu. Senang!

Ladang Tea Sabah

Sabah pun ada ladang tea! Korang boleh singgah sini sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Pemandangan di ladang the Sabah Tea. Memang sangat cantik! Korang pun boleh beli buat tangan dekat sini seperti produk-produk yang berasaskan teh.

Teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dan Check In tempat penginapan

Korang boleh teruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu dan checkin terus di penginapan korang. saya sarankan korang untuk ambil homestay atau hotel yang berada di tengah bandaraya Kota Kinabalu. Ada banyak! Dari yang murah sampailah yang mahal. Ikut bajet korang lah, ukur baju di badan sendiri. Hehe. Paling senang buat tempahan awal di laman web macam Agoda, booking.com atau mana-mana laman web yang korang nak.

Jalan-jalan dan makan seafood di Pasar Malam Filipina!

Untuk aktiviti malam pula, lepas je checkin korang boleh pergi habiskan waktu malam korang untuk makan seafood di Pasar Malam Filipina!

Antara benda yang cukup popular di Sabah ni adalah seafood! Rugilah kalau datang sabah tapi tak cuba seafood di sini! Memang fresh dan harga pun jauh lebih murah daripada tempat lain! Sebab tu lah kita kena berjimat dekat tempat lain sebab nak habiskan duit untuk makan seafood dan shooping di Kota Kinabalu! Haha.

HARI KETIGA

Macam korang tau Sabah ni salah satu negeri yang mempunyai kawasan perairan yang menarik dan pulau yang cantik. So hari ni kita akan jelajah pulau-pulau yang popular di Sabah ni!

Pulau Manukan, Pulau Sapi & Pulau Mamutik

nak pergi ke pulau korang kena keluar seawal pukul 8 pagi dan pergi jesselton point terlebih dahulu.

Dekat sini dorang akan sediakan pakej-pakej untuk ke pulau dan korang boleh pilih pulau mana yang korang nak pergi. Tapi kebiasaanya, pengunjung akan ambil pakej untuk ketiga-ketiga pula terus. Yelah dah alang-alang sampai Sabah kan. Hehe. Untuk pakej ketiga-tiga pulau ni bajet bawah RM100. Jangan risau.

Aktiviti melawat pulau-pulau ni biasanya mengambil masa setengah hari je. Bila korang sampai sana aktiviti adalah bebas, korang boleh mandi manda, buat snorkelling atau just lepak-lepak ambil gambar je.
Selesai aktiviti di pulau, korang boleh balik ke homestay atau hotel sekejap dan bersihkan apa yang patut dan rehat sekejap. Lepastu korang boleh teruskan perjalanan melawat sekitar bandar Kota Kinabalu.

 

Pantai Tanjung Aru.

Untuk korang yang suka tengok mahatari terbenam, aku rasa tempat ni akan masuk dalam favourite list korang! Sunset dekat sini memang cantik gila! Naa aku belanja gambar real dari lensa kamera aku! No edit.

Nak makan jajan sambil tengok sunset pun boleh! Dekai sini setiap hati Sabtu & Ahad akan dibuka pasar malam tepi pantai, so sebelum tengok sunset korang boleh singgah beli makanan dulu. Hehe.

Signal Hill

Dah selesai layan matahari terbenam, korang boleh terus pergi ke Signal Hill pula untuk melihat sendiri kawasan sekitar Kota Kinabalu pada waktu malam. Memang cantik!

HARI KEEMPAT

Hari keempat hari terakhir di Sabah. Hari ni mungkin korang agak penat sebab beberapa hari ni asyik berjalan je kan. So hari ni aku sarankan korang buat aktiviti ringan je.

Taman Buaya

Selepas sarapan pagi, korang boleh bergerak terus ke Taman Buaya yang terletak di Tuaran. Selain dapat melihat pelbagai speasis buaya, korang juga boleh tengok haiwan-haiwan lain seperti spesis Anaconda, beruang, burung unta dan macam-macam lagi!

Pasar Kraftangan, Pasar Filipina

Dah selesai melawat tempat-tempat tarikan pelancong di Kota Kinabalu, sekarang tiba lah masanya untuk korang shopping! Ada pelbagai jenis cenderahati dan produk kraftangan yang korang boleh dapat di sini. Boleh dijadikan ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan seperti t-shirt, beg, produk berasaskan mutiara dan sebagainya.

Pasar Ikan Masin, Pasar Filipina

Satu lagi tempat shopping best!

Ada macam-macam jenis ikan masin yang korang boleh beli di sini. Harga memang jauh lebih murah dan memang sesuai lah kalau korang nak borong ikan dan produk-produk tempatan yang lain. Penjual di sini pun memang cekap, dorang boleh tolong bungkuskan dan masukkan dalam kotak supaya korang senang nak check-in barang-barang korang nanti.

Untuk penerbangan balik, aku sarankan korang pilih penerbangan yang terakhir supaya korang ada masa untuk shopping dah takdelah terkejar-kejar sangat. Hehe.

Okay itu je dari aku, harap dapat lah bantu sedikit sebanyak sesiapa yang masih tak tahu nak pegi mana je bila bercuti dekat Sabah ni.

Kredit foto:http: //kotakinabalutravelguide.com/sabahs-upside-down-house-of-borneo-at-tamparulikk
https://www.booking.com/hotel/my/rania-lovely-hut.en-gb.html

Assalamualaikum!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial