THE LION KING 2019 – TEKNOLOGI CGI YANG HEBAT, KORANG TIDAK AKAN RUGI!

Jangan lupa share!

Oleh Efika Majid

 

 

 

 

 

 

 

 

Kalau korang nak tahu, filem The Lion King 2019 merupakan pembikinan semula kartun animasi dengan tajuk yang sama yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1994. Filem ini menggunakan teknik CGI terkini untuk menghasilkan satu animasi foto-realistik.

 

REVIEW

 

Okay untuk review filem The Lion King ni, aku tak boleh nak cakap banyak tentang filem ini dari segi jalan cerita disebabkan ini sepenuhnya jalan cerita mengikut filem asal, dorang tak ubah apa pun dan kalau korang harapkan plot twist dari cerita ni aku bagitau awal-awal memang takde. Hehe. Namun apa yang aku akan ulaskan ialah teknologi CGI yang digunakan untuk pembikinan semua filem ini.

Aku memang sangat teruja dengan pembikinan semula dalam bentuk CGI kerana kualiti CGI yang digunakan sangat hebat sampai aku sendiri susah nak bezakan samada ia filem live action ataupun CGI, terutamanya landskap yang sangat foto-realistik. Watak-watak binatang juga sangat realistik, kalau tak dibagitahu filem ini menggunakan CGI, rasanya aku sendiri pun tak tahu. Haha.

 

 

Tapi bagi pendapat aku, filem ini terlalu memfokuskan kepada membikin sebuah filem yang foto-realistik sehingga mereka melupakan filem ini untuk tontonan kanak-kanak. Segalanya dibikin secara realistik sehingga tiada warna-warni babak-babak nyanyian yang meriah. Disebabkan filem asal dalam bentuk animasi, jadi aku dapat rasa kemeriahan animasi tu dah takde. Ia seolah-olah menonton tayangan dokumentari haiwan National Geographic. Hehe ni review jujur jangan kecam pula.

 

Sepatutnya mereka kena menyelitkan sedikit unsur animasi di dalam babak-babak nyanyian suapaya nampak lebih meriah dan berwarna-warni. Aku rasa jika kanak-kanak yang menonton, mereka mungkin tidak dapat menikmati filem ini sepertimana aku menonton filem asal.

Secara ringkasnya filem ini secara teknologinya, sangat memberangsangkan, tetapi sebagai sebuah filem animasi untuk kanak-kanak yang menghiburkan, ia gagal. Okay tu je review dari aku. Kalau korang nak tahu kehebatan CGI filem ni tahap mana, kena tengok sendiri okay!

Assalamualaikum!

 

Kredit gambar : https://www.disney.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial