Rocketman satu lagi Filem promosi Gay?

Jangan lupa share!

Oleh Abu Mamu

Menonton Rocketman , adalah suatu pengalaman luar biasa di panggung.Walaupun ia tidak sehebat Bohemian Rhapsody, tapi pengalaman menonton itu sudah cukup untuk kita kembali ke rumah dan mencari semula lagu-lagu Elton John di You Tube.

Rocketman dan Bohemian Rhapsody (2018) mempunyai persamaan yang ketara.Kedua-dua filem ini membincangkan tentang sejarah hidup dua tokoh muzik yang ternama.

Secara jujurnya, saya bukan lah peminat lagu -lagu Elton John.Pun begitu, Elton John mempunyai suatu character yang luar biasa apabila dia di pentas.Kostum nya, sudah cukup untuk kita berasa wow.Sangat luar biasa dan ‘funky’Sesekali saya membayangkan M.Daud Kilau mungkin menginspirasikan Elton John.

Rocketman, merupakan sebuah filem ala-ala muzikal.Setiap beberapa babak, akan diselang selikan dengan adengan nyanyian / tarian.Hampir sangat sempurna bila melihat koreografi tarian mereka yang sangat nostalgic.Itu sangat indah.

Walaupun begitu, menjadi sedikit kebimbangan saya sebagai penonton, Rocketman seperti mempromosikan budaya hidup gay.Kita sedar, untuk membikin sebuah filem autobiography, kisah nya harus la benar dan tepat dengan sifat watak utamanya.

Elton John memang seorang bisex dalam kehidupan sebenarnya, dan itu juga ditunjukkan dengan jelas di dalam filem Rocketman.Bagi kebanyakkan orang, filem akan mempengaruhi penonton nya.Begitulah kebimbangan kecil saya selaku penonton , jika filem ini akan mempengaruhi anak-anak muda .

Saya , secara peribadi pernah mengenali, anak muda yang sedang ‘fight’ dengan diri sendiri untuk melawan krisis jantinanya.Bayangkan, jika filem-filem begini ditonton oleh nya, maka mungkin dia akan merasa menjadi Gay itu tidak mengapa, dan tiada sebarang masalah.

Walaupun begitu, sebagai penonton saya fikir kita punya pilihan sendiri untuk menuntukan.Gunakan lah, fikiran yang waras, dan meresap filem ini sebagai hiburan.Apa yang baik dijadikan teladan, yang buruk tinggal di tepian.

Selamat Menonton !!

Kredit foto : @RocketmanFilm90 @empire nme.com ironstone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial