“Crawl” Bikin punggung susah duduk di panggung

Jangan lupa share!

Oleh
Abu Mamu

Crawl sebuah filem baru arahan Alexandre Aja , betul-betul buatkan saya tak senang duduk di pawagam.Sangat mendebarkan dari awal hingga akhir peneceritaan.

Filem ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang sangat simple dan tidak rumit.Ia berkisar tentang seorang anak dan bapa yang teperangkap di sebuah rumah, tatkala hujan ribut melanda kawasan tersebut.Tambah parah, sekumpulan buaya yang terlepas dari sangkar telah memenuhi kawasan itu.Konfliknya ialah, bagaimana mereka berdua ingin selamat kan diri dari Buaya dan ribut dalam satu masa yang sama.

Walaupun mengekalkan jalan cerita yang klise, dan sudah boleh diagak apa kesudahan nya, tapi filem ini tetap mempunyai kekuatan sendiri.

Pengarah Crawl dilihat bijak bermain dengan tempo penceritaan nya.Setiap adegan cemas telah disusun dengan rapi dan baik.Kesan bunyi dan cahaya juga jelas banyak membantu Filem Crawl menjadi filem cemas terbaik setakat sekarang yang pernah saya tonton (untuk tahun ini).

Walaupun Crawl tidak lah sehebat filem Jaws (1985) tapi saya lebih puas menonton Crawl berbanding Annabelle Come Home.Setidak-tidak nya Crawl lebih ‘fresh’ dari segi aksinya.

Crawl juga tidak perlu pelakon yang ramai , cukup dengan dua watak utama dan beberapa ekor buaya sudah cukup untuk kita rasa berbaloi membeli tiket.

Untuk anda yang tidak suka befikir sesuatu yang berat-berat, dan ingin habiskan masa malam, anda patut pergi menonton Crawl .Lepas pulang menonton wayang, jangan lupa singgah ke Laparpo Cafe ya, buka sehingga 12.30 pm 😂😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial