TEMPAT MAKAN SEDAP DI SABAH! WESTERN, SEAFOOD, TRADISIONAL? SEMUA ADA!

Jangan lupa share!

Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah yang terletak di utara kepulauan Borneo. Ia merupakan satu tempat menarik untuk dilawati khususnya buat korang yang gemarkan aktiviti luar seperti aktiviti mendaki, snorkeling dan pengembaraan pulau ke pulau (island hopping). Tapi tidak sahlah percutian korang kalau tak disertakan dengan makanan yang sedap-sedap kan? Dekat artikel ni saya akan senaraikan tempat makan yang orang boleh cuba kalau datang ke Sabah.

1. Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant

 

Kalau korang nak makan “seafood” sambil berhibur dengan persembahan tarian tradisional yang pelbagai, kampung nelayan floating seafood market restaurant adalah pilihan utama untuk korang. Tempat ni di Kota Kinabalu yang terletak di Tasik Taman Botani dan suasana persekitaran di sini memang sangat menarik ditambah pula dengan reka bentuk restoran yang diadaptasi daripada rekabentuk Minangkabau. Wow ala-ala Indonesia lah gituww! Persembahan tarian akan diadakan pada pukul 7.45 malam sehingga 8.45 malam. Jadi kalau korang nak menyaksikan keunikan tarian yang setiap hari dipersembahkan kepada para penonton, korang kena plan untuk datang lebih awal ke sini.

2.Gerai Seafood Pasar Malam Filipina

Kalau korang nak makan seafood tapi nak tempak ala-ala makan dekat mamak. Haa Pasar Malam Filipina ni sesuai sangat! Lokasi pasar ni betul-betul berhadapan dengan Hotel Le’Meridian Kota Kinabalu. Harga seafood kat sini pun lebih murah dari Restoran. Jadi boleh lah jimat sikit. Dekat Pasar Filipina ni bukan je tempat nak makan seafood tau, tapi di sini tempat membeli belah, nak beli kraftangan untuk keluarga dan kawan-kawan korang? Sini juga lah tempatnya! Nak beli keropok tradisi Sabah? Keropok amplang? Kuih cincin? Semuanya dekat Pasar Filipina ni! Kesimpulannya, kalau korang datang bercuti di Sabah, korang kena wajib dating ke Pasar Filipina ni.

3. Steamboat Bakar Kota Kinabalu

Steamboat Bakar ni salah satu restoran yang popular di Sabah dan ia juga menyediakan makanan steamboat yang segar dengan harga yang berpatutan. Biarpun kedai ni nampak ringkas dan santai tapi kelengkapan semunya cukup. Jangan risau. Bukan steamboat je, kedai ni juga menyediakan pelbagai jenis makanan tambahan sebagai pencuci mulut seperti ais krim, cendol, laksa dan buah-buahan. Buat para muslim, korang tak perlu risau sebab restoran ni sediakan kemudahan surau sekali. Jadi senang lah nak solat lepas habis melantak kan. Hehe. Restoran ni beroperasi setiap hari dari pukul 5.30 petang hingga 11 malam.

4. Brunei Satay’s House

Restoran ini pernah tersenarai dalam Malaysia Delicious 100 Halal and Muslim Friendly Food. Makanan apa yang disediakan di kedai ini? Tengok pada nama je dah tahu! Kedai ini menyediakan pelbagai aneka sate (ayam, daging, kambing, perut dan lain-lain) sebagai hidangan utama beserta makanan tradisi Brunei seperti nasi goreng pulau Brunei, konchung, kelupis dan sebagainya. Fuh masa tengah baca ni pun dan meleleh air liur. Haha.

Inilah masanya untuk korang rasa makanan negara Brunei kalau korang tak pernah ke Brunei atau Sabah sebelum ini. Tempat makan menarik ni berlokasi di Indah Permai, Kota Kinabalu dan beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam kecuali pada hari Jumaat (1.30 petang hingga 10.30 malam).

5. Lava KK Burger 

Kalau korang adalah penggemar burger, semestinya korang tahu kualiti daging yang disediakan bersama burger adalah faktor utama yang memberikan keunikan rasa dan seterusnya mempengaruhi kelazatan burger tersebut. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat burger perlulah segar dan jumlah peratusan daging tulen perlulah 100% kerana ia mempengaruhi kualiti burger yang disediakan oleh sesebuah restoran.

Ini merupakan ciri-ciri burger yang disediakan di Lava KK Burger Bakar yang merupakan kedai burger bakar pertama di Sabah apabila ia dibuka pada tahun 2012. Rata-rata testimoni yang diberikan oleh pengunjung amat memberansangkan.

Selain daripada burger, tempat makan menarik di Kota Kinabalu ini juga menyediakan pelbagai juadah masakan barat yang berkualiti tinggi seperti meatball, fish and chip, chicken chop dan sebagainya. Yang tekak-tekak western tu korang kena datang restoran ni.  Restoran ini beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

6. Little Sulap 

Ni salah satu tempat makan yang best yang korang patut cuba. Little Sulap! Restoran ni terletak di tengah bandar Kota Kinabalu. Yang paling best restoran di sini menyediakan makanan asli masyarakat Sabah yang cukup ringkas seperti Ambuyat dan juga “Kampung Food”. Suasana dan konsep kedai yang diketengahkan pun cukup menarik seperti berada di kampung sendiri! Jadi lepas makan tu boleh lah ambil gambar di depan restoran ni. Jangan risau, restoran ni buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam! Takde alasan lah korang tak boleh datang sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial