10 Tempat BEST Di Penang

Jangan lupa share!

Mencari satu destinasi untuk bercuti merupakan satu perkara yang agak rumit dan perlu kira bajet. Maklumlah bila cuti sekolah bermula anak-anak dan isteri pasti akan persoalkan kemana destinasi yang bakal ditujui. Apa kata kita ke Penang, tapi sebelum anda ke Penang saya senaraikan sedikit sebanyak tempat menarik yang ada di Penang!! Jom sama-sama kita lihat dan terokai.

1. Rumah P. Ramlee

Salah satu tempat yang mungkin menjadi pilihan untuk anda yang berkeluarga terutama yang mempunyai anak-anak, kerana sedikit sebanyak anak-anak boleh belajar satu pengalaman yang pernah dibawa oleh seniman kita iaitu P. Ramlee. Tahukah anda bahawa seniman P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang? Rumah P. Ramlee dipelihara sehingga ke hari ini untuk kita sentiasa mengenali seniman kesayangan kita pada suatu ketika dahulu. Anda juga berpeluang untuk mengunjungi rumah serta muzium yang mempamerkan kisah hidup dan jasa Allahyarham pada industri tanah air kita.

2. Tropical Spice Garden

Tahukah anda pada asalnya Tropical Spice Garden merupakan sebuah ladang getah yang diasaskan oleh David Dan Rebecca Wilkinson dan beberapa orang lagi yang berusaha untuk menjadikannya suatu tempat destinasi pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Lebih 500 jenis flora dan fauna yang boleh anda lihat disini tanpa perlu keluar dari Penang. Dalam satu destinasi anda boleh melihat banyak jenis flora yang ada. Terdapat juga aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti children tour, night walks dan garden tour.

3. Escape Theme Park

Untuk anda yang menggemari aktiviti-aktivi lasak, anda boleh mencubanya di Escape Theme Park yang terletak di kawasan Teluk Bahang berhampiran dengan Taman Rama-Rama(entopia). Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah seperti monkey business, Atan’s leap, flying lemur dan banyak lagi.

Bayaran masuk :

Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM84.90

Dewasa (13-60 tahun) : RM128.30

Warga emas (61-100tahun) : RM84.90

Jika ingin harga yang lebih murah anda boleh beli tiket secara online dan tempahan awal.

4. Muzium

Yang ini semestinya anda wajib kunjungi. Di Penang terdapat berbagai jenis muzium yang boleh anda lawati. Disini saya senaraikan beberapa muzium seperti Made In Penang Interactive Museum, Penang 3D Trick Art Museum, Muzium kamera, Muzium Penang Peranakan, War Museum (muzium perang), Toy Museum Heritage Park, Penang Time Tunnel Museum, Ghost Museum, PG Gold Museum, dan juga Wonderfood Museum. Sebenarnya banyak lagi muzium-muzium lain yang ada di Penang yang boleh dilawati dari masa ke semasa.

5. Taman Negara

Taman Negara merupakan taman paling kecil di negara ini, dengan hanya keluasan seluas 2,562 hektar. Merupakan rumah bagi 46 spesis burung seperti burung raja udang, uwak-uwak dan bangau. Taman negara amatlah sesuai bagi anda yang meminati aktiviti camping dan hiking serta yang ingin merasai pengalaman berada di dalam hutan. Salah satu kawasan Taman Negara iaitu Pantai Kerachut merupakan tempat bagi penyu hijau bertelur dari bulan april hingga bulan ogos, manakala penyu karah pula dari bulan september hingga bulan februari. Jadi, rancanglah perjalanan anda jika ingin ke Taman Negara.

6. Pantai

Untuk anda yang sukakan aktiviti sukan air atau lebih gemar untuk berada di pantai, anda boleh ke lokasi seperti Miami Beach, pantai Shamrock atau pantai Batu Feringghi untuk bermain sukan air seperti jetski, banana boat dan parasailing. Pastikan anda berhati-hati dan sentiasa awasi anak-anak ketika berada di pantai.

7. Night Market Batu Feringghi

Siapa sahaja tidak suka bila bercakap pasal window shopping bukan? Ya, salah satu tempatnya adalah di night market batu feringghi yang dibuka hampir setiap malam dari jam 8 malam sehingga 11@12 tengah malam. Bermacam pilihan yang boleh dilihat disini untuk dibeli dijadikan cenderamata untuk dibawa pulang .

8. Bukit Bendera

Antara destinasi yang paling wajib untuk dilawati adalah Bukit Bendera. Untuk pengetahuan anda ianya merupakan stesen bukit British yang tertua di asia tenggara dan diatasnya terdapat banyak banglo yang dibina hampir ratusan tahun dahulu. Untuk naik ke atas anda tidak perlu risau kerana kemudahan funicular train disediakan dari masa ke semasa. Berbagai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan dan paling seronok ialah anda boleh melihat sekitar bandaraya Pulau Pinang.

9. Gurney Drive

Tempat in menjadi meriah pada waktu malam dimana terdapat berbagai-bagai gerai makanan dari makanan Cina, Melayu dan India semuanya ada. Jadi tidak salah la jika Penang digelar sebagai syurga makanan. Salah satu makanan yang menarik minat para pelancong adalah pasembor. Anda harus mencubanya jika datang ke Penang.

10. The Top

Satu tarikan terbaru yang ada di Penang iaitu The Top dimana anda boleh menikmati permandangan dari atas bangunan komtar yang ketinggiannya mencecah 249 meter dari bumi dan jika anda berada di tingkat 68 dimana anda boleh melihat 360° permandangan sekitar Pulau Pinang. Dibawahnya pula terdapat berbagai lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati seperti Jurassic Research Center dimana anda boleh merasai perjalanan ketika zaman dinosaur dahulu, Tech Dome Penang, The gravityz, 7D Discovery Motion Theater, Ocean Explorer, Magic Mirror Maze dan juga Jelly Bump.

Sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Penang. Jangan buang masa lagi, sediakan memory card yang cukup untuk bergambar ketika melancong ke Penang . Jika sampai di Penang jangan lupa juga untuk menikmati satu-satunya signature yang menjadikan Penang sebagai syurga makanan iaitu nasi kandar original dari penang! Selamat bercuti dan rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial