Kedai Makan 2 Ringgit

Jangan lupa share!

Laporan oleh :Abu Mamu

Baru-baru ini, team Laparpo sempat singgah ke selatan tanah air, iaitu ke negeri Johor.

Dalam eksplorasi mencari menu-menu makanan yang ‘unsung’ , kami telah menjumpai sebuah kedai yang cukup unik.Keunikan kedai ini, ia menyediakan pelbagai set makanan dengan harga cuma Rm 2 sahaja.


Nasi Keli Berlado RM2

Menjadi tanda tanya kepada kami, dalam susana harga barang yang tidak murah di pasaran, tetapi kedai ini mampu menyediakan makanan dengan harga serendah RM 2 untuk satu set makanan.

‘Harga Ikan Keli hidup lebih kurang lapan puluh sen seekor, walaupun di jual pada harga RM2 bersama nasi, kami masih tetap boleh dapat untung’ begitulah ungkapan yang dikeluarkan oleh Encik Darul, pemilik Restoran Bachang Corner.


RM 2 sepinggan

Tambah Che Nad yang juga pemilik bersama Restoran Bachang Corner, ”Niat kami ialah , selain berniaga kami ingin semua lapaisan masyarakat dapat berpeluang bersama-sama menikmati hidangan kami .Selain berniaga kami juga berpeluang untuk sedekah.’

Restoran yang telah beroperasi sejak setahun yang lalu ini, bukan saja menyediakan set nasi dan lauk yang berharga Rm 2.Makanan barat ‘Western Food’ juga disediakan dengan carga Rm 2.Terkejut kami selepas dihidangkan Chicken Chop Rm 2.


Pelbagai pilihan menu Western ,Rm 2 je

Untuk dapatkan review yang lebih menyeluruh tentang kedai ini, jangan lupa untuk tonton Full Review Video nya di Youtube kami https://www.youtube.com/channel/UCWeqCA5eRaXAE1_UdNKwPig?dalam masa terdekat nanti.

Bangkok Molek Bachang Corner

Lokasi :No 49, Jalan Bachang 39,Kota Masai, Pasir Gudang. Waktu Operasi : 11.30 a.m – 11pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial